Sunday, June 19, 2022

Melayu Kampung Benci Bandar

 

Posting kali ini adalah berkenaan budaya segelintir masyarakat Melayu yang mungkin terlampau obses dengan kasta, adab peradaban Melayu yang diatasi adatnya, falsafah kehidupan yang tidak semena-mena serta dipandang tidak rasional (contohnya falsafah "zero defect"), dan sifat diri yang bercerminkan "grandeur"-ism.

Kenapa ada orang Melayu yang tidak suka kepada perangai (atittude) orang yang dikatakan sebagai anak orang kaya:

  1. Kerana mahir berbahasa dalam English
  2. Kerana lebih berperikemanusiaan berbanding masyarakat golongan sendiri
  3. Kerana Melayu bandar dipaparkan lebih gembira dalam kehidupan berbanding diri sendiri
  4. Kerana Melayu bandar dipaparkan mengendali hal aktiviti harian tampak mudah menyelesaikannya
  5. Kerana sentiasa merasakan diri dari golongan yang susah walhal semua orang pun mempunyai kesusahan hidup tersendiri

Oleh sebab hal begini, tingkahlaku golongan sebegini diperlihatkan sebagai tidak cukup bersyukur, kuat mengeluh, pencipta/pembuat stres tanpa sebab yang munasabah, pengeruh keadaan, dan kaki tunding jari.

Terdapat berjenis sentimen yang berkait dengan cara seseorang membawa diri sebagai seorang yang dewasa termasuklah agama, kaum, dan juga politik. Disebabkan terlalu gemar bersentimen, tingkahlaku dan perangai seseorang itu dapat dikenalpasti samada seseorang itu mempunyai motif atau agenda tersendiri, mahupun seseorang dewasa yang profesional.

Amalan berpuak-puak adalah satu amalan yang tidak sihat semasa melaksanakan pekerjaan. Akan tetapi, amalan ini kadangkala tidak dapat dielakkan dalam suasana bekerja dan perlu dibendung oleh ketua yang berwibawa dalam jabatan masing-masing supaya dapat melahirkan pekerja yang berintegriti dan bersifat profesional dalam melaksanakan tugasan.

Oleh itu, jadilah seseorang yang berbudi bahasa supaya tidaklah sesiapa pun yang akan menghukum anda dan asal-usul anda baik yang berasal dari kampung mahupun yang berasal dari bandar kerana negara kita, Malaysia, hanyalah kecil sahaja.

Sekian dari saya, Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Comment here for my upgrade!