Hilang suara hati - fikiran berpintal
Adakah aku hanya perlu tidur sahaja? Aku tidak dapat berhadapan dengan aktiviti harian sehingga segalanya bertukar menjadi stres. Bukan satu hari sahaja kusangkakan diriku akan menjadi sebegini. Aku takut dan risau tetapi malas kerana letih untuk membuat perubahan.Thursday, September 30, 2021
Diari 29 September 2021
Kenapa aku stres sampai asyik google search masalah dan punca stres. Kadang2 rasa macam bazir masa pun ada. Paling teruk aku sedar, dah tak tahu nak buat apa, aku pergi termenung dan kerap baring dan tidur dengan harapan aku tak fikir masalah diri aku yang serba tak cukup (sosial, kerja, diri sendiri). Tiap kali nak cerita apa sebenarnya masalah aku, payah seakan fikiran aku sedang proses bahasa yang tak faham untuk tujuan sampaikan mesej yang terbuku di hati. Semalam semasa aku dibiarkan berseorangan, ada waktu yang aku rasa kosong kepala seakan sakit semasa dirawat oleh pusat rawatan islam darussyifa' sehingga jam 4:29pm aku menelefon mereka mengatakan aku panik. Aku berasakan seolah memori yang lepas berada di sekarang dalam bentuk flashback dan berlaku secara cepat di dalam kepala. Aku tiada jadual, disarankan buat jadual oleh adikku, tetapi aku malas kerana stres. Wujudkah stres malas?
Banyak kali fikiranku bercampur aduk sama seperti sedang stres. Aku terasa aku sakit seperti kepala kosong dan hilang daya tumpuan di realiti. Seolah mungkin sakit strok. Kemungkinan ini juga yang menyebabkan aku dihantar ke pusat rawatan islam dahulu. Simptom/gejala nya adalah dalam kepala aku terasa tidak selesa dan seolah segalanya berpintal daripada keupayaanku untuk menyampaikan apa ku rasa secara lisan. Katanya aku telah sembuh dari dirawat pusat rawatan islam akan tetapi aku kerap berasa untuk mahu dirawat pusat rawatan islam. Mungkinkah aku hanya rindu dirawat sebegitu? Satu lagi aku sedar tentang hobi yang aku ingin lakukan, kerana tiada barang yang mencukupi aku ingin sahaja melakukan hobi itu tetapi tidak dapat. Jika ada pula hobi lain yang mencukupi, ada sahaja alasan untuk tidak lakukan hobi tersebut seperti cuaca panas dan sebagainya. Adakah aku menyusahkan diri berfikir ini semua sebagai masalah?